Wednesday, 14 December 2011

[Girls only] Cara jaga kebersihan semasa datang Haid.


keyh. . aweks-aweks kat luar sana. , ni Dedeq nak sheyring pasal CARA-CARA JAGA KEBERSIHAN SEMASA DATAND HAID . yang ni ikut style Dedeq, p tak tau lah style korang camne. . kepada adik-adik yang baru datang haid , tak tau nak buat apr, Dedeq shey kat korang cara Dedeq ni, kalau tak nak ikut boleh ikut cara yang mak, atau sesapa yang berpengelaman dalam famly korang or kawan-kawan korang.

SEBELUM DATANG HAID ( kpd yang baru memasuki alam datang bulan)

Kena tau bila tarikh pertama kali korang datang haid. Tanda kat kalendar tarikh pertama kali korang datang haid. . cara ni lebih senang. . kitaran haid berlaku dari hari pertama sampai hari ke lima. . lepas tu tanda 5hari korang datang haid. . Repair phase, adalah pada hari ke-6 sampai hari ke-11. . lepas tu, tanda 6 lagi hari kat kalendar korang. . Fertile phase adalah apabila korang tengah subur, remaja perempuan tidak digalakkan untuk melakukan hubungan seks sebab besar kemungkinan korang akan berbadan dua. lebih baik elakan saja diri melakukan benda yang tak senonoh camtu. korang subur dari hari ke-12 sampai hari ke-16. . tanda lagi 5hari kat kalendar korang. yang terakhir, premenstrual phase, dari hari ke-17 sampai hari ke-28.  tanda lagi 12hari kat kalendar korang. . lepas tu, jumpa lah korang bila korang datang haid buat kali seterusnya. . tapi, tak semestinya betul, untuk persediaan awal je. . mana  tau kot-kot betul.

SEMASA HAID ( penting ! )

semasa haid, ada beberapa yang korang boleh dan tak boleh buat. perempuan memeng banyak pantang larang. .

1) Kebersihan
- a) Tuala Wanita.
>>> ni PENTING SESANGAT !! kene cuci lepas pakai. . time cuci tuala wanita kalau ada hos paip, korang tekan hujung hos tu, sebelum tu, koyakkan hujung pad korang yang tempat kapas tu, korang spar smpai bersih, putih berseri. . hehe! kalau Dedeq, lepas Dedeq cuci Dedeq akan letak aair sabun lepas tu supaya tak da bau. tapi, kalau korang tak nak, ikut yang korang suka. lepas tu, gulung pad tu, bungkus pakai plastik pad korang , then, letak dalam plastik beg. ingat ! kena tukar selalu tauu ! jangan tak cuci dan jangan buang sebarangan ! ESPECIALLY, YANG TINGGAL KAT ASRAMA. .


- b) Tangan dan jari jemari.
>>> haaaaa, ni kena cuci tauuu ! kotor tuuuu ! eeee ! hahaaa ! cuci pakai sabun , bersih-bersih. . wangi-wangi. . ingat, semasa makan, semua masok dalam mulut. . kena cuci tu. . HARUS ! jangan nak jadi perempuan pengotor ! harapkan muka je cantek. .

- c) Spender ( seluar dalam )
>>> yeeee, ni pun masok juga. . kene cuci ni. . semasa korang tukar pad, kene tukar spender juga. . jangan lupa cuci spender juga. . especially yang mengalami kebocoran semasa datang haid. . cuci pakai sabun tauu. .

- d) Pakaian
>>> okeyh ! semasa korang mandi, lepas je korang mandi, kena cuci baju tau. . lebih-lebih lagi seluar. . bauu darah tuu. . tapi, dalam kepercayaan mitos, bau darah boleh menarik perhatian benda halus. . ishh ! seramm lah nak crita. . dah lah malam ni. . tapi, memang dah banyak dah cerita kat sekolah berasrama menemui benda-benda tu kan ? so, kene lah jaga kebersihan. . cuci wangi-wangi baju tu. .

- e) Mandi
>>> korang kene mandi tau. . bau tu bukan setakat kat pakaian je. . merebak ke seluruh badan juga. . so, kene mandi wangi-wangi. . bersih-bersih. . lepas mandi, pakai pad yang bersih, baju yang bersih. . spray wangi. . kan harumm. . orang pun selesa. .


- f) KEMALUAN>>> honestly Dedeq kata, malu lah pompuan cantek tak cuci kemaluan. . huhu ! jangan terase. . time korang datang haid, korang mesti rajin-rajin cuci tu. . nanti lekat bau tu kalau tak cuci. . kan malu. . sekarang kan dah ada pencuci khusus wanita. . cam, SUMBER AYU yang Rossa jadi duta nye iklan yang pegang botol kecik tu. . tu lah yang wanita pakai cuci benda. . kalau tak pun cuci je pakai sabun. . janji bersih. . kepada yang bersuami, tak lah korang maluuu. .


2) MAKANAN & MINUMAN !
- a) Buah-buahan/sayur
>>> buah-buahan dan sayuran kene banyak makan. . ingat. . darah kite keluar, vitamin dan anti body daam badan pun semakin bekurang. . tenaga pn tak da. . so, kene makan buah-buahan untuk mengembali dan menyeimbangkan kandungan sel-sel dalam badan terutamanya darah. .

- b) Bijirin ( nasi, oat, jagung)
>>> semasa korang datang haid, tentu korang rasa cepat lapar. . so, makan lah dengan kenyang-kenyang. . makan nasi ataupun bijirin seperti oat. . jangan nak diet je kerja, sebab darah yang keluar tu pun benda yang terkandung dalam badan kita. .

- c) Air suam. >>> perlu minum lebih air suam tauu. . bila korang datang haid, air suam boleh mencairkan darah yang beku. . ini dapat mengelakan kesakitan semasa datang haid. nak tau kenapa ? sebab darah yang beku tadi boleh menghalang darah korang keluar. . sebab tu lah ada sesetengah wanita akan mengalami kitaran haid selama kurang dari 5 hari. . ada yang tak keluar-keluar. . yang tak keluar-keluar tu, kena jumpa doktor. . mesti doktor bagi nasihat macam Dedeq bagi ni. .

- d) Elakkan air yang berais dan sejuk.
>>> air yang macam ni boleh membekukan darah haid dan boleh menyebabkan kesukaran darah untuk keluar. . jadi, elakkanlah dan tahan lah nafsu anda. .

Selepas  Datang Haid.
Selepas datang haid, kene jage kebersihan juga tau. . sebab pada usia remaja kita ni, kita mengalami banyak perubahan. so, janganlah kekok dengan perubahan anda. sebab semua itu normal kepada manusia. kepada adik-adik yang ada masalah semasa datang haid, jangan malu-malu nak tnya orang yang paling tua macam Dedeq ni. ataupun yang lebih berpengalaman macam parents adik-adik. selepas datang haid, kene pakai panty liner. . mana tau ada sisa-sisa lagi. . lepas tu cuci panty liner macam korang cuci pad. . tapi, panty liner nipis je. . tak payah nak koyak kat hujung. .

Pengalaman.
Selama kita membesar memang banyak yang perlu kita tempuhi. . itu baru makna kehidupan membesar yang betul. . Jangan malu bila korang dah datang haid. Tak perlu nak kurung diri. tidak semestinya apabila korang datang haid, korang tak sempurna. . Perkara macam tu boleh merunsingkan otak korang. tapi, sebenarnya, datang haid membuktikan kita dah matang dan bersedia untuk menempuhi cabaran hidup. Jangan dengar cakap orang-orang yang lain tentang anda. Smile always. . itu yang Dedeq SUKAA SANGAT !!

lot of love :

Dedeq

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home